INI 7 PESAN GUS DUR YANG HARUS TERUS DIINGAT DAN DIAMALKAN
Di balik pemikiran2 ‘nyeleneh’ KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) selalu ditemukan pesan2 bijak dan arif yg tak disangka2 dari seorang Gus Dur. Salah satunya 7 pesan Gus Dur berikut ini yg menyadarkan kita akan arti pentingnya amaliah yg sering lalai kita laksanakan dalam kehidupan sehari.
Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dgn Allah SWT.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dgn penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yg mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yg bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yg diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yg berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yg selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dgn dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu “ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Follow dan Subscribe:
Instagram: nujombangonline
Twitter: NU Jombang Online
YouTube: NU Jombang Online
kunjungi https://jombang.nu.or.id
0 komentar:
Posting Komentar