KADAR BALASAN MENGIKUT KADAR AMALAN.
PESANAN INDAH IMAM AL-GHAZALI
Selama engkau tidak beramal, maka selama itulah engkau tidak mendapatkan pahala.
Diceritakan di dlm sebuah kisah seorang lelaki di kalangan bani israil yg telah beribadah selama 70 tahun lamanya,
Lalu Allah mahu menunjukkan keadaannya ini kpd para malaikat, Maka Allah mengutuskan kepadnya seorang malaikat memberitahu bahawa, walaupun ia telah beribadah 70 tahun lamanya tetapi ia masih belum layak masuk ke dlm syurga.
Apabila malaikat selesai memberitahu hal ini kpdnya lalu ia berkata : Itu bukan urusan ku, aku di ciptakan utk beribadah kpd Allah, maka itulah kerja yg mesti aku lakukan.
Lalu malaikat tersebut kembali bertemu Allah dan berkata : Wahai Tuhanku sesungguhnya engkau maha mengetahui dgn apa yg telah di perkatakan oleh hambamu,
lalu Allah Taala berfirman : Apabila hambaku itu tdk berpaling drpd beribadah kpdku, maka aku akn membalasnya dgn kemurahanku, dan aku juga tdk akn berpaling drpdnya.
Wahai para malaikatku, bersaksilah kamu bahawa aku telah mengampuni segala dosanya.
begitu tinggi dan bernilainya kehebatan amalan seorang hamba yg ikhlas terhadap tuhanNya.
setiap amalan kita di balas sesuai kadar amalan dan keikhlasan kita di dlm amalan tersebut.
Di dlm sebuah hadis Rosulalloh Saw, bersabda :
حاسبوا انفسكم قبل أن تحاسبوا وزنوا اعمالكم قبل أن توزنوا .
Hisablah dirimu sebelum kamu di hisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu d timbang.
(koreksi dan muhasabah setiap amalan kita sebelum di hisab di akhirat nanti)
Berkata sayyidina Ali ra :
من ظن أنه بدون الجهد يصل فهو متمن، ومن ظن أنه ببذل الجهد يصل فهو مستغن.
Siapa yg menyangka bahawa tanpa usaha ia akn masuk ke dlm syurga maka org itu hanya berangan² sahaja, dan siapa yg menyangka hanya dengan usaha sahaja ia akn masuk ke dlm syurga, maka org itu telah merasa kaya ( tidak memerlukan rahmat Allah )
Dan tlh berkata Hasan Al Basri :
mencari / mengharap utk masuk ke syurga tanpa beramal adalah satu dosa drpd segala dosa.
Di dlm sebuah hadis yg lain Rosulalloh Saw bersabda yg mafhumnya :
Orang yg bijak ialah org yg senantiasa menghitung dirinya dan beramal utk kehidupan sesudah matinya, ( kehidupan yg abadi ) dan org yg bodoh ialah org yg selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya dan hanya banyak berangan² utk mendapat kemurahan Allah Taala.
Mudah² an setiap nasihat Imam Al - Ghazali ini memberi manfaat buat kita semua, mencari ilmu seterusnya beramal di dlm menyempurnakan perjalanan kehidupan kita menuju kpd Allah.
semoga Allah memberikan kpd kita taufik hidayah dlm membina diri menjadi hamba yg di redhai olehnya.
✍🏻 DI KUTIP DARI KITAB :
AYYUHAL WALAD,
KARYA : IMAM Al- GHAZALI